Pengembangan ke dalam Wilayah Tamil Dinasti_Pallava

Kepingan Velurpalaiyam menyebut mengenai Pallava, Simhavishnu:[15]

Dia dengan pantas merampas negeri Cholas dihias oleh anak perempuan Kavira (contoh. Sungai Kaveri), yang hiasannya adalah saujana jelapang padi, dan di mana (terdapat) ladang areca (palma).

Pada walnya negeri Chola tidak dimiliki oleh Pallavas dan Raja Pallava, Simhavishnu yang menakluk negeri Chola.[15]. Operasi tentera ini mendapat tentangan oleh ramai raja selatan seperti yang dapat dilihat dari Kepingan Kasakudi yang menyatakan Simhavishnu mengalahkan pemerintah berikut:[15]

The Malaya, Kalabhra, Malava, Chola and Pandya (Raja), Simhala (Raja) yang bangga dengan kekuatan tenteranya, dan Keralas.

Pallavas menawan Kanchi dari Cholas sebagaimana direkod dalam Kepingan Velurpalaiyam, sekitar pemerintahan jurai raja Pallava kelima Kumaravishnu I.[12] Selepas itu Kanchi disebut dalam tulisan sebagai ibukota Pallavas.[12] Cholas menghalau Pallava dari Kanchi pada pertengahan abad ke- 4 CE, semasa pemerintahan Vishugopa, raja jurai Pallava kesepuluh.[12] Pallava kembali menawan Kanchi pada pertengahan kurun ke-6, kemungkinannya semasa pemerintahan Simhavishnu, raja ke empat belas jurai raja Pallava, yang dinyatakan oleh kepingan Kasakudi sebagai "singa bumi ". Selepas itu Pallava memegang Kanchi sehingga kurun ke- 9 CE, sehingga pemerintahan raja terakhir mereka, Vijaya-Nripatungavarman.[12]